Site icon TechNave BM

Jangan tertipu dengan “scam” MySalam melibatkan pesakit COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan penipuan terkini yang melibatkan bantuan MySalam. Dalam scam tersebut yang telah tular dalam WhatsApp, kononnnya pesakit COVID-19 yang dikuarantin dalam rumah boleh mendapat bantuan sebanyak RM50 sehari.

KKM menegaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu, malah pautan (link) yang disertakan adalah berlainan dengan laman web MySalam rasmi. Mereka mengingatkan bahawa sebarang tuntutan berkaitan Bantuan Prihatin MySalam COVID-19 hanya boleh diakses melalui laman web rasmi MySalam.

MySalam adalah bantuan oleh kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada golongan susah yang memerlukan bantuan kewangan sewaktu dijangkiti penyakit kritikal.

TechNave berharap agar para pembaca akan terus berwaspada terhadap pelbagai scam yang sedang menular pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version