Site icon TechNave BM

Jangkaan harga PlayStation 5 dan aksesorinya didedahkan, PS5 Digital ~RM1721

Mungkin terdapat pelbagai sumber yang telah mendedahkan harga jangkaan PlayStation 5. Secara rasminya, Sony masih belum mengumumkan harga PlayStation 5 sehingga kini.

Terdapat sebuah akaun di laman Twitter yang mendedahkan harga jangkaan PlayStation 5 dan beberapa aksesorinya. Sememangnya ia bukanlah sumber yang sahih, namun tidak salah untuk kita menerima maklumat jangkaan untuk membayangkan harga sebenar dengan lebih jelas sebelum ia dilancarkan pada hujung tahun ini.

Bakal dilancarkan di beberapa negara hujung tahun ini, termasuk Jepun.
Harga jangkaan PlayStation 5 (~RM2,141)
Harga jangkaan PlayStation 5 Digital (~RM1,712)
Harga jangkaan DualSense ~RM257
Kedua-dua PlayStation 5 standard dan versi digital bakal hadir dengan SSD 825GB
DualSense Charging Station dijangka berharga ~RM128
Kamera HD untuk PlayStation 5 dijangka berharga ~RM257
Pulse 3D Wireless Headset untuk PS5 dijangka berharga ~RM682
Media Remote dijangka berharga ~RM128

Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai senarai game untuk PlayStation 5. Menurut sumber, anda boleh membuat pra-tempahan game ini di PlayStation Store dalam waktu terdekat ini.

Melalui semua jangkaan harga ini, adakah anda bakal menabung atau anda sudah mempunyai dana mencukupi untuk menyambar PlayStation 5 dan aksesorinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IronmanPS5

Exit mobile version