Site icon TechNave BM

Jejak perkembangan wabak Coronavirus di sini

Situasi wabak Coronavirus yang semakin menular di seluruh dunia tentunya telah membimbangkan semua orang. Setiap hari, bilangan kematian akibat jangkitan virus itu semakin meningkat di China dan lebih banyak lagi kes jangkitan yang telah disahkan di seluruh dunia. Sewaktu masa penulisan, negara kita sahaja sudah mencatatkan lapan kes.

Jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini tentang virus ini, laman web yang dihasilkan oleh Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan (CSSE) Universiti John Hopkins adalah amat berguna. Laman web yang dibina oleh institut pengajian di Maryland, Amerika Syarikat itu memberi kemas kini dalam isu penularan wabak Coronavirus yang dilaporkan oleh kerajaan seluruh dunia dalam masa sebenar (real time).

Laman web itu memaparkan sebuah peta interaktif yang membolehkan pengguna untuk mengetahui butiran wabak di negara-negara tertentu. Ia juga menyediakan statistik penting buat setiap negara seperti bilangan kes yang disahkan, jumlah kematian dan jumlah pesakit yang telah dirawat.

Tentunya laman web ini amat berguna untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Kongsi pendapat anda tentang laman web oleh CSSE ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ABC Australia

Exit mobile version