Site icon TechNave BM

Jenama baru oleh pengasas OnePlus adalah Nothing, akan fokus pada pelbagai jenis gajet

Pengasas OnePlus, Carl Pei, yang telah meninggalkan syarikat itu pada Oktober lalu telah mengumumkan jenama terbarunya iaitu Nothing. Beliau menyifatkan syarikat itu sebagai syarikat teknologi yang berpengkalan di London, United Kingdom dan akan melancarkan produk-produk pertama pada separuh pertama 2021.

Carl tidak memberikan butiran spesifik tentang jenis produk yang akan dihasilkan oleh Nothing, namun syarikat itu akan melancarkan produk dalam beberapa kategori dengan matlamat untuk menubuhkan ekosistemnya yang tersendiri. Beliau juga mengesahkan bahawa Nothing akan menawarkan lebih banyak produk fizikal berbanding perisian sewaktu tahun-tahun awal operasinya.

Selain itu, Carl menyatakan produk Nothing akan mempunyai unsur pengubahsuaian bagi membuatkan ia nampak berlainan dengan jenama lain dalam pasaran. Nama “Nothing” dipilih kerana beliau berpendapat teknologi yang canggih perlu merasakan seperti ia adalah sebahagian daripada ‘latar’ dan membuatkannya seolah-olah tiada (nothing).

Nothing sudah mempunyai laman rasmi di Twitter dan Instagram. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version