Site icon TechNave BM

Jenayah siber di Malaysia punca kerugian hampir RM600 juta pada 2022

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata rakyat Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM600 juta akibat daripada jenayah siber pada 2022.

Ini menunjukkan bahawa masalah jenayah siber di Malaysia telah menjadi semakin serius dan KKD kini ingin mendidik masyarakat supaya menjadi lebih celik digital dan melindungi diri daripaa menjadi mangsa jenayah siber.

Antara contoh kempen kesedaran yang bakal diperkenalkan adalah kerjasama dengan platform media sosial TikTok yang bakal mempromosikan program Stop For Three Seconds dan akan dilancar pada bulan Februari dan Mac ini.

Maksud three seconds (tiga saat) itu adalah untuk mengajar masyarakat supaya berfikir terlebih dahulu sama ada sesuatu maklumat atau perkara yang diterima itu sahih atau tidak.

Selain itu, platform media sosial juga akan membantu mempromosikan talian 997 iaitu talian untuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). Ini merupakan salah satu inisiatif KKD untuk membantu mangsa jenayah siber mendapatkan semula wang yang telah ditipu oleh penjenayah siber.

Talian NSRC kini beroperasi 12 jam sehari dan merupakan pusat sehenti yang terdapat wakil daripada Bank Negara Malaysia (BNM), bank-bank swasta, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mereka akan bertindak segera untuk menghentikan pengaliran wang daripada mangsa yang telah ditipu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version