Site icon TechNave BM

Jepun turut sasarkan Apple untuk amalan antitrust

Selepas Suruhanjaya Eropah (EU) memaksa Apple membuka platform iOS untuk kedai aplikasi pihak ketiga di EU, negara lain turut sedang menyiasat Apple berhubung amalan anti monopoli atau antitrust. Baru-baru ini, Jepun juga sedang berusaha untuk meningkatkan denda dengan ketara bagi syarikat besar yang terlibat dalam amalan monopoli.

Undang-undang semasa di Jepun mencadangkan penalti sebanyak 6% daripada jualan tetapi pembuat dasar ingin meningkatkannya kepada 20%. Kegagalan pada masa hadapan untuk mematuhi undang-undang akan mengakibatkan denda sebanyak 30% daripada jualan.

Jepun memberi isyarat perubahan akan datang pada Disember 2023 malah memberi amaran kepada Apple bahawa ia mempunyai rancangan yang lebih besar untuk menyemak semula peraturannya terhadap amalan anti-persaingan. Isu utama Jepun ialah dengan App Store Apple.

Sama seperti di EU, Jepun berkemungkinan akan memaksa Apple membuka platformnya untuk kedai aplikasi pihak ketiga dan sistem pembayaran alternatif kerana setakat ini semua langganan serta aplikasi berbayar memerlukan pembayaran melalui sistem pembayaran Apple sendiri yang melibatkan bayaran pemprosesan sebanyak sehingga 30%.

Jika negara lain di seluruh dunia mengikutinya, Apple mungkin terpaksa membuka platform iOS kepada aplikasi pihak ketiga. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nikkei Asia

Exit mobile version