Site icon TechNave BM

Jerayawara HONOR 90 5G: Dapatkan hadiah bernilai sehingga RM13,900 dan cabutan bertuah

Jerayawara HONOR 90 5G yang bertempat di IOI City Mall bermula 2 Ogos hingga 6 Ogos ini akan menampilkan jemputan istimewa iaitu selebriti tempatan Janna Nick pada 5 Ogos pukul 2 petang hingga 4 petang.

Bagi setiap pembelian HONOR 90 5G di jerayawara, anda boleh membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM13,900, layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi lebih banyak hadiah menarik. Pengunjung juga boleh mencuba campuran minuman baharu yang unik daripada kolaborasi Zus X Pepsi eksklusif hanya di jerayawara HONOR.

HONOR 90 hadir dengan Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci dengan 2664 x 1200 piksel, 1 bilion warna, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak ialah 1,600 nits. Ia mempunyai RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 512GB.

Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50 MP f/2.4 manakala bahagian belakang terdapat kamera utama 200MP, ultra lebar dan makro 12MP serta kamera kedalaman 2MP. Ia menggunakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13, sambungan Wi-Fi 6 dan dwi-SIM.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR sila layari laman web rasmi HONOR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version