Site icon TechNave BM

Jerayawara HUAWEI: Pra-tempah WATCH GT 4, rebat dan hadiah percuma

HUAWEI menganjurkan jerayawara eksklusif di IOI City Mall, Putrajaya sempena pelancaran HUAWEI Watch GT 4 dan Sukan Asia 2022. Semasa jerayawara itu, HUAWEI akan memberi penghormatan kepada pemenang pingat Sukan Asia 2022 dengan menghadiahkan setiap seorang HUAWEI WATCH GT 4 sebagai penghargaan kepada pencapaian cemerlang dan kerja keras mereka.

Dalam pada itu, pengunjung yang datang ke jerayawara tersebut akan berpeluang membuat pra-pesanan HUAWEI WATCH GT 4 dan menerima hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM580. Mereka juga boleh menikmati rebat segera sehingga RM4,400 untuk produk terpilih. Jerayawara itu akan berlangsung dari 11 hingga 15 Oktober 2023, di Ground Floor East Court, IOI City Mall, Putrajaya.

Majlis penyampaian hadiah kepada atlet akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023, jam 2:00 petang, dirasmikan dan disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan. Atlet terkenal seperti Dato’ Pandelela Rinong (Diving), Ng Yan Yee (Diving) dan Tan Cheong Min (Wushu) akan menjadi antara 60 atlet yang menghadiri majlis tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati laman web rasmi HUAWEI atau mengikuti halaman Facebook dan Instagram. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version