Site icon TechNave BM

Jerayawara siri Xiaomi 12T: Tawarkan TV LED 4S Xiaomi 55″ percuma untuk 70 pembeli terawal

Xiaomi telah mengumumkan bahawa ia akan mengadakan jerayawara sempena pelancaran siri Xiaomi 12T di Malaysia. Bermula dari 26 hingga 30 Oktober 2022 di Pusat Beli-belah One Utama, Selangor (LG Oval), pembeli boleh mendapatkan tawaran hebat di mana mereka boleh mendapatkan TV LED Xiaomi 4S 55 inci percuma dengan setiap pembelian 12T Pro atau 12T.

Tawaran ini terhad kepada 70 pembeli pertama. Bukan itu sahaja, 70 pembeli pertama yang membeli mana-mana telefon pintar siri Xiaomi 12T juga akan mendapat:

Selain itu, terdapat juga tawaran hebat lain sepanjang jerayawara seperti di bawah. Tawaran ini sah sementara stok masih ada sepanjang jerayawara Xiaomi 12T sahaja.

ProdukHarga (RM)Tawaran Jerayawara
Xiaomi 12T (8GB + 256GB)1,999Redmi Buds 3 Pro percuma, 1+1 tahun waranti lanjutan, ganti skrin percuma, cawan tersuai 
Xiaomi 12T Pro (8GB + 256GB)2,699Xiaomi Smart Band 7 Pro percuma, Redmi Buds 3 Pro percuma, 1+1 tahun waranti lanjutan, ganti skrin percuma, cawan tersuai 
Xiaomi 12T Pro (12GB + 256GB)2,999Xiaomi Smart Band 7 Pro percuma, Redmi Buds 3 Pro percuma, 1+1 tahun waranti lanjutan, ganti skrin percuma, cawan tersuai 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version