Site icon TechNave BM

Jerayawara Yes 5G Gaming sediakan pengalaman permainan awan GeForce Now

Perkhidmatan permainan awan GeForce NOW Powered by Yes 5G yang merupakan perkongsian antara Yes 5G dan NVIDIA dilancarkan secara rasmi. Yuran langganan untuk pengguna Yes 5G bermula daripada RM30 sebulan manakala bukan pengguna Yes bermula pada RM50 sebulan.

Perkhidmatan itu akan mengadakan jerayawara di Starhill Bukit Bintang mulai sekarang hingga 11 Jun. Dikuasakan oleh rangkaian Yes 5G, perkhidmatan permainan awan GeForce NOW memanfaatkan GPU NVIDIA membolehkan pemain menstrim permainan PC kegemaran mereka terus daripada awan dan mengakses perkhidmatan daripada sebarang peranti.

Perkhidmatan permainan awan ini menawarkan sehingga enam jam permainan berterusan setiap pusingan permainan, akses kepada permainan percuma dan lebih daripada 1,600 tajuk yang boleh dimuat turun daripada platform lain seperti Steam, Epic Games dan Store Ubisoft.

Bersempena dengan keluaran rasmi perkhidmatan permainan awan ini, pengguna boleh melawati jerayawara pelancaran di Starhill Bukit Bintang dan alami mengalami penstriman awan kependaman rendah GeForce NOW serta mengambil bahagian dalam aktiviti menarik.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version