Site icon TechNave BM

DJI Mini 2 SE dilancar di Malaysia: Dron saiz tapak tangan bermula RM1,599

DJI, peneraju dunia dalam dron awam dan teknologi kamera kreatif kini memperkenalkan DJI Mini 2 SE yang merupakan dron ultra-mudah alih bersaiz tapak tangan yang ringan sesuai untuk di bawa dalam perjalanan. 

Beratnya kurang daripada 249 gram dengan sensor kamera CMOS 1/2.3 inci mampu merakam video pada 2.7k dan menyampaikan foto pada 12MP. Mini 2 SE adalah tambahan terbaru kepada siri Mini DJI yang menyediakan beberapa ciri pintar menjadikannya mudah untuk digunakan dalam pelbagai senario penerbangan. 

Dron mini ini menyokong jarak penghantaran video HD sehingga 10km dan masa penerbangan maksimum 31 minit. Selain itu, Mini 2 SE menawarkan ciri pintar termasuk QuickShots dan Panorama untuk tangkapan yang lebih kreatif. 

Gimbal canggih membolehkan sistem penstabilan mekanikal 3 paksi untuk pengimejan yang lancar secara konsisten. Kameranya mampu melakukan zum digital sehingga 4X membolehkan anda beralih antara tangkapan jarak dan komposisi yang berbeza-beza semasa merakam video HD.

Mini 2 SE berharga RM1,599 dan terdapat pakej ‘Fly More Combo’ pada harga RM2,149. Ia akan mula disediakan pada 9 Februari 2023 di Shopee, Lazada dan kedai DJI yang sah.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version