Site icon TechNave BM

JOI Book SK3000 dilancar di Malaysia: Komputer riba Snapdragon 850, Windows 10 Pro berharga RM2,199

Syarikat tempatan SNS Network akhirnya telah melancarkan komputer riba JOI Book SK3000 yang menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 850 dan sistem operasi Microsoft Windows 10 Pro. Ia kini boleh dibeli di SNS Network Ipoh HQ, laman web GLOO atau mana-mana pengedar sah pada harga RM2,199.

Komputer ini turut dilengkapi skrin IPS FHD berukuran 12.5 inci serta menyokong rangkaian 4G LTE. Dengan berat hanya 1.05kg dan senipis 15mm, JOI Book SK3000 merupakan komputer riba pertama daripada SNS Network yang dilengkapi sistem operasi Windows dan cipset Snapdragon. 200 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan akan mendapat langganan Microsoft Office 365.

SNS Network turut menyatakan mereka akan memperkenalkan komputer riba Qualcomm 7c 2-in-1 dalam suku pertama tahun ini. Komputer riba dengan Snapdragon 8cx Gen 2 JOI pula akan hadir apabila infrastruktur 5G Malaysia siap dibina.

Berikut adalah spesifikasi penuh JOI Book SK3000:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version