Site icon TechNave BM

Jom bergambar bersama dinosaur Jurassic World di rumah dengan AR Google!

Google telah bekerjasama dengan Universal Brand Development, Amblin Entertainment dan Ludia untuk membawa 10 ekor dinosaur daripada francais filem Jurassic World ke dalam perkhidmatan Google Search. Dengan teknologi ini, anda boleh ‘meletakkan’ seekor dinosaur di dalam rumah atau di mana sahaja menggunakan teknologi augmented reality (AR).

Untuk menggunakan fungsi AR ini, pengguna hanya perlu mencari perkataan “dinosaur” dalam Google. Imej 3D dinosaur akan dipaparkan sebagai salah satu hasil carian, kemudian pengguna hanya perlu klik pada “Lihat dalam 3D/View in 3D” untuk memaparkan dinosaur dalam kamera dan mensimulasikan dinosaur di hadapan pengguna.

Pengguna kemudian boleh berinteraksi dengan imej 3D dinosaur pilihan mereka dalam suasana AR, selain boleh melaraskan saiz dinosaur mengikut saiz sebenar. Dinosaur yang ditawarkan dalam Google adalah termasuklah Tyrannosaurus Rex, Velociraptor, Triceratops, Spinosaurus, Stegosaurus, Brachiosaurus, Ankylosaurus, Dilophosaurus, Pteranodon dan Parasaurolophus.

Lepas ni bolehlah anda ‘bergambar’ bersama dinosaur di mana sahaja anda berada! Kongsikan gambar dinosaur anda dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version