Haier Malaysia kini menganjurkan jerayawara interaktif Haier Global Fans Festival di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil, Selangor yang akan berlangsung selama lima hari pada 17 hingga 21 Disember 2025. Orang ramai dijemput untuk datang, sertai pelbagai aktiviti menarik dan berpeluang menangi hadiah istimewa.
Ruang pameran seluan 2,600 meter persegi itu direka khas untuk peminat sukan, penggemar bola sepak dan komuniti Haier untuk menyemarakkan semangat “Champion Your Haier Life”. Antara aktiviti sukan yang boleh disertai termasuklah badminton, bola sepak dan tenis.
Anda juga boleh menyaksikan inovasi terbaharu Haier dalam produk-produknya seperti peti sejuk Space Fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV Cool Color, TV M80 QD-Mini LED, serta pratonton mesin basuh tiga dram yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Haier akan menyediakan zon demonstrasi produk secara langsung, sesi perkongsian interaktif, aktiviti bersama pencipta kandungan dan ganjaran eksklusif untuk para hadirin.
Jika anda beli sebarang produk Haier pada harga RM5,000 ke atas sewaktu acara ini, anda anda layak menebus jersi eksklusif Liverpool FC.
Selain itu, Haier mengumumkan bahawa dalam pasaran Malaysia, mereka menjangkakan pegangan pasaran sebanyak 11% dengan tahap kesedaran jenama mencecah 93% iaitu peratusan tertinggi dalam kalangan jenama peralatan rumah dari China. Produk premium pula menyumbang lebih daripada 38% kepada keseluruhan prestasi Haier di Malaysia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang ke jerayawara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

