Site icon TechNave BM

Jom sebarkan ilmu pengetahuan di TikTok dan anda boleh menangi wang sehingga RM30,000!

Bermula hari ini, TikTok Malaysia akan menganjurkan kempen #GuruGotTalent di mana para pencipta video dalam media sosial tersebut digalakkan untuk menghasilkan video yang mengajar ilmu pengetahuan menarik dan berguna. Malah, peserta kempen ini berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM30,000 dengan setiap video pendidikan yang dimuat naik.

Peserta boleh menghasilkan video pendidikan dengan tema pengetahuan am, teknologi, kemahiran profesional, budaya dan kraftangan, cerita-cerita motivasi, rekaan serta sebarang nasihat yang boleh memudahkan tugas-tugas harian. Video yang dicipta perlulah ditanda dengan #GuruGotTalent dan #TikTokGuru, melebihi 10 saat dan digalakkan untuk mempunyai teks agar sebarang penjelasan boleh mudah difahami.

40 orang pemenang akan dipilih berdasarkan pemilihan topik, kualiti video, maklum balas dengan penonton dan bilangan video yang dimuat naik. Berikut adalah senarai wang tunai untuk para pemenang

Pemenang pingat emas: RM5,000 (2 orang)
Pemenang pingat perak: RM3,000 (3 orang)
Pemenang pingat gangsa: RM1,000 (5 orang)
Saguhati: Baucar elektronik RM200 (30 orang)

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut tentang kempen ini. Kempen ini akan berakhir pada 15 November dan pemenang akan diumumkan pada 23 November. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version