Site icon TechNave BM

Jom tonton pelancaran POCO F2 Pro di Malaysia pada 10 Jun!

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah siaran langsung pada Rabu, 10 Jun jam 8:00 malam untuk melancarkan telefon pintar POCO F2 Pro. Selain pelancaran telefon tersebut, syarikat itu juga akan memperkenalkan tawaran khas sepanjang siaran tersebut yang akan diposkan dalam laman Facebook mereka.

Bagi mereka yang tidak mengenali peranti ini, ia adalah sebuah telefon pintar flagship yang dilengkapi spesifikasi canggih seperti cipset Snapdragon 865, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, penyejukan LiquidCool Technology 2.0 dan. skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.67 inci. Untuk senarai spesifikasi penuh, boleh baca artikel kami tentang pelancaran antarabangsa POCO F2 Pro.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton siaran langsung untuk POCO F2 Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version