Site icon TechNave BM

JPJ ingin beri penghargaan kepada penyalur maklumat kesalahan jalan raya

Kesalahan lalu lintas semakin menjadi-jadi daripada segi kelajuan, melanggar lampu merah dan sebagainya. Oleh itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ingin memberi penghargaan kepada mereka yang menyalurkan maklumat kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-ADUAN@JPJ. 

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), M Janagarajan menyatakan perkara ini telah dibincangkan dengan jabatan berkenaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membantu JPJ mengesan penyalah lalu lintas.

Mereka telah menerima sekitar 1,000 aduan di seluruh negara melalui aplikasi e-ADUAN@JPJ sejak ia dilancarkan. Orang awam perlu memuat naik gambar, video, lokasi dan waktu kesalahan yang akan membantu untuk tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya.

Semalam, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusof berkata sebanyak 13 kesalahan jalan raya telah dikesan melalui penyamaran yang dilakukan pihaknya di Terminal One ketika Ops Khas HRAA.

Antara kesalahan yang dikesan adalah memandu di lorong kanan secara berterusan, menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan, merokok semasa memandu dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Bernama

Exit mobile version