Site icon TechNave BM

JPJ kini terima kaedah pembayaran e-dompet di semua kaunter seluruh negara

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menerima kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara.

E-dompet yang diterima untuk pembayaran ini termasuklah Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, MAE dan Boost. Pihak JPJ mengatakan konsep ini lebih cepat, selamat, praktikal dan seiring dengan gaya hidup masyarakat terkini.

Agensi itu turut mengongsikan rekod terkini untuk pembayaran yang berjaya dikutip, di mana mereka mengutip RM5.6 bilion melalui 46.5 juta transaksi tanpa tunai melalui kaunter dan aplikasi MyJPJ setakat 24 Ogos 2025. Daripada jumlah tersebut, 245,626 transaksi dilakukan melalui e-dompet dengan kutipan sebanyak RM19.6 juta.

Semoga kemudahan ini akan mempercepatkan urusan kita di kaunter-kaunter JPJ. Beritahu kami di Facebook jika anda akan gunakan kemudahan ini dalam masa terdekat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version