Site icon TechNave BM

JPN: 150 juta rekod peribadi rakyat yang disimpan sejak 1869 akan didigitalkan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini sedang menjalankan proses menyimpan 150 juta rekod fizikal rakyat yang disimpan sejak 1869 ke bentuk digital.

Rekod-rekod ini termasuklah pendaftaran kelahiran dan kematian, nama ahli-ahli keluarga, alamat kediaman serta butiran pekerjaan. Beliau menyatakan rekod ini perlu disimpan secara digital demi tujuan keselamatan dan pemuliharaan khazanah maklumat penduduk.

Selain menyimpan rekod lama ini secara elektronik, ia juga akan memudahkan rujukan dan pencarian rekod pada masa hadapan jika diperlukan. Setakat ini, kira-kira 30 juta rekod telah disimpan secara digital dan ia akan terus dilaksanakan oleh jabatan-jabatan yang berkenaan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version