Site icon TechNave BM

Jualan 11.11 Garmin diskaun 18% untuk siri Forerunner, Venu Sq dan Edge bike sehingga 28 November ini

Garmin Malaysia mengumumkan promosi baharu dengan mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mula kembali bersenam seperti biasa dengan alat pintar Garmin. Jualan 11.11 hingga 28 November 2021 ini, jam tangan pintar fokus kecergasan Garmin memberi anda diskaun sehingga 18%.

Anda perlu menitikberatkan kesihatan anda melalui siri Garmin Forerunner, komputer Garmin Venu Sq dan Edge bike yang popular untuk atlet, peminat kecergasan dan penggiat sukan.

Berikut merupakan Forerunner 245, 245 Music Edition, 745 dan 945 dengan harga promosi:

Siri ForerunnerHarga PromosiHarga Original 
Garmin Forerunner 245 (Hitam / Kuning Amp) RM 1,199 RM 1,430 
Garmin Forerunner 245 Music RM 1,399 RM 1,670 
Edition (Hitam / Merah Lava) 
Garmin Forerunner 745 (Hitam) RM 1,899 RM 2,320 
Garmin Forerunner 945 (Hitam) RM 2,499RM 2,870

Seterusnya, berikut merupakan harga bagi Garmin Venu Sq dan Edge bike:

BaranganHarga PromosiHarga OriginalPrice 
Garmin Venu Sq (Shadow Gray/ Orchid) RM 799 RM 930 
Garmin Venu Sq Music (Black, Black & Rose Gold, Light Sand & Rose Gold) RM 999 RM 1,160 
Edge 530 (Unit sahaja)RM 1,250RM 1,450
Edge 830 (Unit sahaja)RM 1,740RM 1,940

Promosi ini terpakai di semua Kedai Jenama Garmin, Peruncit Sah, laman web Rasmi Aeco Technologies, Shopee dan Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version