Site icon TechNave BM

Jualan 11.11 Lazada beri ganjaran lumayan bernilai lebih RM2 juta dan 3 kereta Nissan Almera Turbo baharu

Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale kini kembali dengan ganjaran bernilai lebih RM2,000,000 dan peluang untuk memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu. Para pembeli dalam talian boleh menikmati pelbagai tawaran seperti di bawah.

Lazzie Hunt: Cari Lazzie, Lengkapi Misi dan Beli Sekarang 

Menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, kenderaan Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan lima kod QR unik. Setiap kod QR memberi akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah lebih RM2,000,000 termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo baharu untuk pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.

Jaminan Harga Terendah: Tawaran Mesti Beli 

Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda daripada Lazada kini kembali dengan Mesti Beli Electronic Deals. Terdapat tawaran eksklusif bagi pelancaran produk baharu termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6 dan banyak lagi. 

Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma: Paling Banyak Ditawarkan 

Mulai sekarang sehingga 11.11, pengguna boleh menikmati Lazada Bonus bernilai sehingga RM400 dan mengumpulkan baucar penghantaran percuma setiap hari dengan potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 yang boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain. 

Crazy Brand Mega Offers dan Crazy Flash Sale: Tawaran Eksklusif Tempoh Terhad 

Pada 11 November dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, jenama di LazMall yang dijamin tulen seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips dan banyak lagi akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun sehingga 70%. Pelanggan digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet sebelum jualan bermula untuk pembayaran yang pantas dan lancar kerana seluruh rakyat Malaysia bakal merebut Crazy Brand Mega Offers. Penambahan RM50 minimum ke dalam Lazada Wallet juga akan memberi pulangan tunai terjamin. Pembayaran lancar menerusi Lazada Wallet amat penting untuk pembeli yang ingin membeli produk RM0.01 Crazy Flash Sale kerana produknya yang terhad dan cepat habis dijual.

Chup Dulu: Pembeli Awal Terima Tawaran Lebih Baik 

Pembeli masih boleh lebih berjimat melalui Chup Dulu dengan membuat pesanan awal daripada jenama LazMall terkenal seperti jenama Coach, Lancôme, Nespresso, Enfagrow, LEGO dan banyak lagi dengan membayar deposit 10% mulai sekarang hingga 10 November. Pembeli boleh membayar tawaran Chup Dulu dengan mudah setelah menjelang 2 pagi pada 11 November nanti.

Super Show Lazada 11.11: Siaran Langsung 

Pada malam 11.11 Biggest One-Day Sale dari jam 9 malam hingga 11 malam, anda dapat menonton Super Show Lazada 11.11 menerusi siaran langsung dalam aplikasinya, LazLive dan TV3. Terdapat persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan juga selebriti tempatan popular termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan juga Chief Discount Officer Lazada iaitu Ain Edruce. Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 bakal dihadiahkan sepanjang siaran langsung kepada pelanggan terpilih. Mereka boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan.

Anda boleh ke laman web Lazada untuk maklumat lebih lanjut mengenai 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version