Site icon TechNave BM

Jualan 11.11 Wish Come True Day realme: Tawarkan jam pintar pada RM59 sehingga 14 November ini

Bersempena dengan 11.11, realme mengumumkan jualan 11.11 Wish Come True Day dengan tawaran diskaun sehingga 65% untuk pelbagai produk. Anda boleh buat pembelian di kedai rasmi realme Malaysia di Shopee dan Lazada dari 11 November hingga 14 November.

Dengan realme 11.11 Wish Come True Day Sale, peminat boleh membeli realme Watch 2 dan realme Band 2 pada harga RM 59.00 setiap satu. realme Watch 2 bolehh digunakan untuk kecergasan sukan manakala realme Band 2 direka sebagai peranti yang sesuai untuk sebarang situasi.

Peminat sukan dapat menggunakan 90 mod sukan pada kedua-dua peranti dengan penjejakan data yang tepat untuk merekodkan setiap kalori yang dibakar dan setiap saat usaha, tanpa sekatan visual dengan Skrin sentuh warna besar 1.4 inci. Kedua-dua peranti juga boleh bertahan selama 12 hari memudahkan penggunaan sepanjang hari.

Selain barangan di atas, jualan ini termasuk realme Powerbank 3, realme 9 Series, realme GT Series dan banyak lagi. Di bawah merupakan produk dan harga dalam promosi:

Ketahui lebih lanjut mengenai realme 11.11 Wish Come True Day Sale di halaman Facebook realme di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version