Site icon TechNave BM

Jualan buku terbesar Big Bad Wolf kini ‘online’ sahaja! Bermula 4 November 2020

Nama Big Bad Wolf ialah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan penggemar buku. Karnival jualan buku ini biasanya berlangsung beberapa hari untuk peminat! Lebih menarik, ia dilangsungkan secara 24 jam tanpa henti. Melalui pengumuman terkini, Big Bad Wolf akan diadakan secara dalam talian (online) bermula pada 4 November ini!

Jualan buku terbesar Big Bad Wolf akan bermula pada 4 November sehingga 11 November 2020. Pautan untuk jualan ini akan diberi kemudian seiring bersama maklumat lain yang lebih lanjut. Jualan secara dalam talian ini adalah bersesuaian dengan keadaan semasa penularan pandemik di Malaysia.

Sepintas lalu, Big Bad Wolf sentiasa mendapat sambutan kerana jualan bukunya yang mencecah sehingga 90% diskaun. Adakah anda tidak sabar untuk menyertai jualan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk maklumat terkini mengenai Big Bad Wolf.

Exit mobile version