Site icon TechNave BM

Jualan CelcomDigi 2.2: Data 22GB, YouTube dan Tiktok tanpa had berharga RM9 sehingga 7 Februari

CelcomDigi hari ini mengumumkan promosi atas talian bulanan pertamanya yang menawarkan pelbagai tawaran eksklusif merangkumi pascabayar, prabayar dan peranti. Bersempena Jualan 2.2, tawaran ini sah kepada pengguna Celcom dan Digi.

Bermula dari sekarang hingga 7 Februari 2023, pengguna CelcomDigi boleh mendapatkan Samsung Galaxy A13 5G pada harga RM199 sahaja (RRP RM1099). Tawaran ini sah kepada pengguna yang memilih sama ada pelan Celcom Mega 98 atau Digi Postpaid 90.

Selain itu, kedua-dua pelan disertakan dengan internet berkelajuan tinggi 60GB bulanan serta panggilan tanpa had. Promo ini hanya terdapat di Celcom Online Shop dan Digi Store Online. Seterusnya, CelcomDigi menawarkan pas internet 22GB, YouTube dan Tiktok Tanpa Had pada harga RM9 sahaja.

Tersedia untuk masa yang terhad sahaja, ia boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life, MyDigi dan pada laman rasmi Celcom dan Digi Store Online. Selain itu, pengguna prabayar Digi kini boleh melanjutkan tempoh sah selama setahun dengan Prabayar Super Long Life pada harga hanya RM54 (RRP: RM108).

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 2.2, sila layari sama ada laman rasmi Celcom atau Digi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version