Site icon TechNave BM

Jualan CNY Roar of Prosperity OPPO beri ganjaran sehingga RM3 juta sehingga 15 Februari 2022

Menjelang Tahun Baru Cina, pasti akan tawaran dan promosi oleh jenama-jenama terkemuka. Kini, Jualan CNY Roar of Prosperity OPPO memberikan anda ganjaran bernilai sehingga RM3,888,888 untuk direbut bermula dari 15 Januari hingga 15 Februari 2022

Pelanggan boleh menyertai cabutan bertuah Roar of Prosperity dengan setiap pembelian peranti telefon pintar OPPO terpilih (OPPO Find X3 Pro, Reno6 Pro, Reno6, Reno6 Z atau A95). Anda mungkin berpeluang memenangi patung harimau edisi terhad bersalut emas 24K bernilai RM9,888. Ikuti langkah dibawah dan lapan pemenang bertuah akan diumumkan pada 16 Februari 2022:

Langkah 1: Daftar di Aplikasi My OPPO dan teruskan ke ‘Cabutan Bertuah Roar of Prosperity’ di bawah kategori Aktiviti

Langkah 2: Tebus peluang anda untuk menang

Langkah 3: Salin kod dan klik butang hijau

Langkah 4: Isikan butiran dan kod sebelum diserahkan

Pelanggan yang membeli OPPO Find X3 Pro, Reno6 Pro, Reno6, Reno6 Z atau A95 juga boleh berpeluang memenangi Limited Edition 999.9 Fine Gold Angpow daripada Wah Chan bernilai sehingga RM128. Menarik sekali, pelanggan juga berpeluang membawa pulang penyertaan percuma ke Taman Tema Genting SkyWorlds.

Pembelian produk OPPO terpilih akan berpeluang untuk mendapatkan waranti kerosakan skrin percuma, set bundle IoT yang merangkumi dua unit jalur OPPO dengan penjimatan sehingga RM130 dan banyak lagi. Tawaran ini hanya sah di OPPO Brand Store, OPPO Official Online StoreShopee dan Lazada.

Pembelian produk OPPO di gerai OPPO | Genting yang terletak berhampiran pintu masuk Taman Tema Tertutup Skytropolis Genting Highlands akan layak untuk menyertai aktiviti putar dan menang serta memenangi hadiah istimewa termasuk bank tenaga.

Anda boleh layari laman web rasmi OPPO untuk ketahui mengenai Jualan CNY Roar of Prosperity. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version