Jika anda adalah pelanggan Shopee tegar, anda pasti tahu tentang jualan yang dilangsungkan Shopee pada mana-mana tarikh menarik termasuklah 10 Oktober ini. Sempena Shopee 10.10 Brands Festival, beberapa jenama teknologi meletakkan harga diskaun besar sehingga 85% pada hari esok, 29 September 2020 untuk Tech Upgrade Brands Sale.
Melalui makluman yang kami terima dari Shopee, antara jenama yang bakal hadir dengan diskaun untuk pelbagai gajet adalah Xiaomi, realme, HP, VinnFier, Belkin, ANKER, Beko, Garmin dan banyak lahi. Kesemua kedai dalam talian ini disenaraikan dalam Shopee Mall, dimana anda akan mendapat polisi jaminan keaslian peranti, dan polisi pulangan percuma 15 hari.
Anda boleh semak senarai peranti yang mempunyai diskaun untuk sehari sahaja (29 September) seperti di bawah:
Kami pernah memaklumkan mengenai jualan promosi 10.10, namun tanpa sebarang maklumat tambahan. Terkini menurut Shopee, terdapat pelbagai jualan yang melangsungkan jualan pada portal Million Dollar Brands Discounts dalam aplikasi. Pada 10 oktober, pengguna layak menerima tawaran RM10 penghantaran dan diskaun sehingga 70% di platform bermula 12AM-2AM.
Kami ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat membeli-belah kepada anda! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

