Site icon TechNave BM

Jualan global telefon pintar tahun 2019, Apple ungguli tempat teratas untuk Q4 2019

Sebelum berakhirnya tahun 2019, Counterpoint Research telah mengeluarkan laporan jualan telefon pintar seluruh dunia bagi suku keempat 2019 (Q4 2019). Walaupun Samsung dan Huawei mendominasi dua tangga teratas bagi jumlah pengedaran keseluruhan, ia kelihatan berbeza apabila dilihat dari sudut jualan model telefon pintar.

Menurut sumber lagi, Huawei melepasi penjualan Apple pada tahun 2019 yang kebanyakannya dijual di pasaran China. Syarikat itu berjaya menjual dengan anggaran lebih kurang 240 juta unit telefon pintar pada tahun 2019.

Sebagai perbandingan, Samsung telah mengeluarkan kira-kira 298 juta unit telefon pintar. Berdasarkan analisis, syarikat itu dikatakan telah melakukan penjualan dengan baik tetapi ianya tidak melihat peningkatan yang berterusan. Apple pula ditemui sebagai model telefon pintar yang paling laris dijual pada tahun 2019 sebanyak 78.4 juta. Penjualan iPhone 11 antara yang tertinggi sekaligus membantu syarikat itu merangkul tempat pertama penjualan telefon pintar untuk Q4 2019.

Apa pendapat anda mengenai analisis seperti yang dinyatakan? Adakah Apple akan mengekalkan tempat paling atas pada tahun 2020? Beritahu pendapat anda di halaman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version