Site icon TechNave BM

Jualan Hari Gaji Black Friday Cyber Monday Lazada: Tawarkan promosi terhad serendah RM1

Pengguna pasti tertunggu-tunggu akan promosi dan tawaran seterusnya oleh Lazada. Oleh itu, Jualan Hari Gaji Black Friday Cyber Monday Lazada akan berlangsung pada 25 – 28 November 2022 dengan diskaun sehingga 80%, tebus baucar potongan 10% dan juga baucar potongan RM10  dengan pembelian minimum RM100. 

Terdapat banyak lagi tawaran untuk pelbagai produk pada harga serendah RM25 dan juga promosi terhad serendah RM1 pada pukul 3.00 petang dan 7.00 malam sepanjang 4 hari jualan tersebut. 

Bagi peminat bola sepak Piala Dunia serta mereka yang inginkan pembelian berbaloi untuk produk elektronik, fesyen dan kecantikan, anda boleh dapatkan baucar potongan 30% daripada jenama yang mengambil bahagian pada tarikh terpilih di samping baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelian minimum.

Tawaran harian dalam pelbagai kategori bermula dari hari Jumaat sehingga Isnin adalah seperti berikut:

Klik pada banner kempen Jualan Hari Gaji Black Friday Cyber Monday Lazada pada halaman utama di aplikasi Lazada untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Anda juga boleh muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada_my, Twitter @LazadaMY dan YouTube.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version