Site icon TechNave BM

Jualan HONOR PayDay kini bermula, potongan harga peranti sehingga RM200

Bermula hari ini (20 November 2020) sehingga 27 November 2020, HONOR Malaysia melangsungkan jualan HONOR PayDay. Jualan ini menawarkan baucar dan potongan harga untuk produk HONOR sehingga RM200.

Terdapat beberapa baucar yang ditawarkan dan boleh digunakan untuk produk HONOR terpilih. Baucar yang ditawarkan adalah bernilai RM200, RM100, RM50 dan RM20. Baucar RM200 boleh dugunakan untuk HONOR Magic Watch, Magic Earbuds dan komputer riba MagicBook 14 (16GB+512GB), bersama hadiah percuma lain.

Untuk baucar RM100, ia hanya boleh digunakan untuk HONOR 9X Pro, 9X Lite dan fon telinga wayarles Sport Pro. Terdapat juga pakej untuk HONOR MagicWatch 2 (46mm, Charchoal Black) dan HONOR Scale 2 pada harga RM798. Anda boleh menggunakan baucar RM200 untuk pakej ini juga.

Berikut adalah senarai produk HONOR bersama diskaun untuk rujukan anda:

Produk HONORHarga AsalHarga jualan PayDayHadiah Percuma
HONOR MagicWatchRM499RM299Tali tambahan Extra Navy Blue

HONOR Magic EarbudsRM499RM299Tiada
HONOR MagicBook 14 (16GB + 512GB)RM2999RM2799HONOR Backpack, Bluetooth mouse, HONOR Scale 2

HONOR 9X ProRM999RM899Tiada
HONOR 9X LiteRM699RM599Tiada
HONOR Sport ProRM299RM199Tiada
HONOR MagicWatch 2 (46mm, Charcoal Black) + HONOR Scale 2RM798RM598Tiada

Sebagai tambahan, ahli Hihonor boleh menyertai permainan Flip Card untuk peluang memenangi beberapa produk dan baucar HONOR seperti baucar RM100 (boleh digunakan untuk produk HONOR terpilih, HONOR Band 4 Running dan HONOR Band 3.

Anda boleh mengunjungi laman rasmi HONOR untuk maklumat lanjut. Adakah anda berminat untuk mendapatkan produk HONOR pada jualan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version