Site icon TechNave BM

Jualan HONOR Tahun Baru Cina dengan tawaran HUAT HUAT

Menjelang Tahun Baru Cina lebih kurang dua minggu lagi, pelbagai jualan dan tawaran berlangsung dengan meriah. Tawaran terkini HONOR HUAT HUAT bermula pada hari ini hingga 31 Januari 2020. Sepanjang promosi ini berlangsung, anda boleh membeli peranti HONOR dengan diskaun dan juga memenangi beberapa hadiah kecil.

Terdapat banyak peranti yang boleh dibeli dengan diskaun termasuk telefon pintar, jam tangan pintar dan beberapa aksesori. Sedang mencari telefon baru dengan spesifikasi baik? HONOR 20 Pro merupakan pilihan yang baik kerana anda akan mendapat diskaun RM400 (berbanding harga asal RM1599) melalui baucar semasa log keluar. HONOR juga bakal memberikan HONOR 3-in-1 Traveling Set dan HONOR Waterproof Bag, sementara stok masih ada. Untuk jam tangan pintar, anda boleh memilih HONOR Watch Magic yang diturunkan harga sehingga RM399.

Semua pembelian yang dibuat semasa jualan akan dihantar kepada anda secara percuma bersama ang pao CNY tanpa mengetahui jumlahnya. Anda juga boleh memiliki power bank (bernilai RM149) dengan menambah RM20 bersama nilai pembelian anda. Sebagai tambahan, terdapat permainan Spin & Win pada laman promosi yang membuka peluang untuk anda memenangi cenderahati tambahan seperti HONOR FlyPods Lite, dengan syarat pembelian minimum RM600.

Ada tawaran yang memikat hati? Anda boleh semak senarai produk dengan diskaun di bawah. Beritahu kami di laman Facebook apa yang anda ingin beli dan teruskan bersama Rakan Teknologi Malaysia untuk berita promosi yang lain sempena Tahun Baru Cina.

Harga jualan Tahun Baru Cina HONOR selepas diskaun:

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version