Site icon TechNave BM

Jualan Kegembiraan Raya Berganda OPPO: Hadiah percuma dan diskaun 50% sehingga 15 Mei

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dan pastinya ramai di antara anda yang menunggu promosi raya. OPPO Malaysia akan memberikan hadiah sehingga RM8 juta melalui Jualan Kegembiraan Raya Berganda yang berlangsung dari sekarang hingga 15 Mei 2022.

Pengguna berpeluang membawa pulang Perodua Ativa, produk peralatan rumah, hadiah percuma, tawaran pembelian dengan pembelian untuk beberapa telefon pintar dan banyak lagi. Pelanggan boleh menyertai peraduan cabutan bertuah bagi setiap pembelian telefon pintar.

Sebanyak enam hadiah mingguan akan menjadi rebutan, di mana pelanggan boleh memenangi TV Android FHD, dapur berkembar, pembersih udara dan barangan elektronik lain. Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan pada 24 April, 1 Mei dan 8 Mei 2022 manakala hadiah utama akan diumumkan pada 16 Mei 2022.

Ikuti langkah berikut untuk menghantar penyertaan cabutan bertuah:

Pelanggan OPPO A96 juga akan menerima ganjaran tambahan bernilai sehingga RM399 daripada KFC, Tealive, Sharp dan banyak lagi daripada aplikasi My OPPO. Ketahui lebih lanjut tentang OPPO A96 di laman web rasmi OPPO

Berikut merupakan tawaran OPPO sempena Jualan Kegembiraan Raya Berganda Anda:

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version