Site icon TechNave BM

Jualan Kilat Roborock 8.8: Peranti peralatan pembersihan rumah bermula RM2,199

Juala kilat Roborock sempena 8.8 di mana Roborock S8 Pro Ultra akan dijual pada harga serendah RM5,399 (RRP: RM5,599), S8 serendah RM2,499 (RRP: RM2,599), Q Revo serendah RM3,499 (RRP: RM3,799) dan Dyad Pro bermula RM2,199 (RRP: RM2,399). Selain itu, pelanggan yang membeli Q Revo di Lazada dan Shopee hanya perlu menambah RM499 untuk membawa pulang Roborock H7 bernilai RM3,399.

Roborock Q Revo memperkenalkan sistem mop dwi putaran pertama yang membersihkan lantai dengan berkesan pada kelajuan 200RPM. Ia juga membawa ciri mengangkat mop secara automatik sehingga 7mm.

Q Revo juga dilengkapi dengan kuasa sedutan 5,500Pa, berus getah dan pengelakan halangan teknologi reaktif. Selepas pembersihan, Q Revo kembali ke dok berbilang fungsi yang mengosongkan diri, mengisi semula diri, mencuci mop dengan pengeringan dan pengecasan pantas.

Jualan Kilat Roborock 8.8 akan bermula pada jam 12 pagi di kedai rasmi Roborock di Shopee dan Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version