Site icon TechNave BM

Jualan Krismas PICO: Harga diskaun dan 4 “game” percuma untuk set VR PICO 4 sehingga 25 Disember ini

Sempena Krismas, PICO menawarkan tawaran istimewa untuk pembelian set kepala VR semua-dalam-satunya, PICO 4.

Dari 3 hingga 25 Disember 2022, PICO 4 dijual pada harga RM1,599 untuk varian 128GB dan RM1,899 untuk varian 256GB. Ia dilengkapi dengan empat game tambahan percuma bernilai RM476.93, di samping empat game sedia ada dalam Pakej Permulaan (Starter Pack).

Empat permainan percuma yang disertakan sebagai Pakej Krismas PICO termasuk LesMills Body Combat (bernilai RM139.49), Superhot VR (bernilai RM104.96), In Death: Unchained (bernilai RM139.49) dan MultiBrush (bernilai RM92.99).

Selain itu, pelanggan juga akan menerima Pakej Permulaan (Starter Pack) yang merangkumi empat game PICO termasuk All-in-One Sports VR, Down The Rabbit Hole, OhShape dan After The Fall.

PICO turut menawarkan tiga hadiah percuma tambahan yang terdiri daripada sarung PICO 4 (bernilai RM99.00), pelindung lensa (bernilai RM19.90) dan sarung silikon kalis peluh (bernilai RM49.90). Secara keseluruhannya, pembeli yang membeli PICO 4 semasa tempoh promosi berpeluang mendapat penjimatan lebih RM600.

Selan itu, PICO juga akan menjalankan tawaran kilat 24 jam khas untuk 12.12 (12 Disember) dan pada Hari Krismas itu sendiri (25 Disember) di mana PICO Neo 3 Link akan ditawarkan pada harga diskaun RM999 (RRP: RM1,599). Pembelian PICO Neo 3 Link juga disertakan dengan game percuma daripada Pakej Permulaan dan Pakej Krismas.

PICO 4 dan PICO Neo 3 Link boleh dibeli di kedai PICO di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, sementara stok masih ada tertakluk kepada terma dan syarat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version