Site icon TechNave BM

Jualan Mega Xiaomi 11.11: Diskaun sehingga RM900, hadiah eksklusif percuma dan banyak lagi!

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan tawaran istimewa dan diskaun eksklusif untuk produk terpilih sebagai sebahagian daripada Jualan Mega Xiaomi 11.11. Antara fokus promosi ini ialah potongan RM900 untuk produk terpilih seperti siri Xiaomi Smart TV A2, Xiaomi Camera 2K (Magnetic Mount) dan Xiaomi Pad 5.

Tambahan, Xiaomi Malaysia juga meneruskan promosinya pada siri Xiaomi 12T yang baru dilancarkan di mana anda boleh mendapatkan Redmi Buds 3 Lite percuma bernilai RM99 apabila membeli Xiaomi 12T Pro atau Xiaomi 12T. Selain itu, pengguna yang ingin membeli Redmi Pad juga boleh membeli Redmi Buds 3 Lite pada harga diskaun RM49.50 (RRP: RM99).

Kedua-dua tawaran boleh didapati dari sekarang hingga 30 November di semua kedai sah Xiaomi di Malaysia. Bagi Jualan Mega Xiaomi 11.11 pula, ia akan berlangsung dari 11 hingga 16 November 2022 secara eksklusif di Lazada dan Shopee. Lihat senarai penuh tawaran eksklusif 11.11 produk ekosistem pintar dan telefon pintar Xiaomi serta POCO di bawah:

Adakah anda merancang untuk mendapatkan mana-mana tawaran di atas? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version