Site icon TechNave BM

Jualan musim luruh PlayStation Studios Steam: ‘Game’ dengan diskaun sehingga 75%

Menjalang akhir tahun ini, Jualan Musim Luruh PlayStation Studios Steam kini berlangsung pada 22 November hingga 29 November 2023. Dalam tempoh ini, pelbagai game PlayStation Studios yang terkenal untuk PC akan ditawarkan pada harga diskaun.

Secara khusus, versi PC Ratchet & Clank: Rift Apart kini ditawarkan pada kadar diskaun untuk kali pertama di Steam. Selain itu, game seperti Horizon Zero Dawn, Marvel’s Spider-Man Remastered dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales menawarkan diskaun yang lebih tinggi berbanding jualan sebelumnya.

GameDiskaun
Horizon Zero Dawn Complete Edition75%
Marvel’s Spider-Man Remastered40%
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales40%
Ratchet & Clank: Rift Apart20%
Predator: Hunting Grounds75%
HELLDIVERS75%
Days Gone67%
Sackboy: A Big Adventure50%
God of War40%
UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection40%
Returnal33%
The Last of Us: Part I33%

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan musim luruh PlayStation Studios Steam, sila layari laman rasmi PlayStation Studios Steam dan rujuk kepada jadual diskaun yang disediakan di atas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version