Site icon TechNave BM

Jualan Nintendo Switch berharga RM1 di Shopee 6.6 Super Sale bermula esok

Jualan 6.6 Super Sale oleh Shopee sedang berlangsung dan anda mungkin telah menikmati jualan tersebut. Kami tidak terkejut jika salah satu daripada senarai beli-belah anda adalah Nintendo Switch memandangkan ia menjadi konsol gaming popular semasa tempoh PKPB. Jika anda masih tidak membelinya, anda mempunyai peluang untuk memenangi Nintendo Switch dengan harga RM1 bermula esok (6 Jun 2020).

Untuk pengguna Shopee, RM1 ONE OR NOT adalah ciri popular dalam setiap tempoh promosi di mana anda berpeluang memenangi produk tertentu dengan harga RM1. Shopee mungkin mengetahui harga Nintendo Switch yang menaik dengan memberi peluang untuk anda membawa pulang peranti ini. Untuk mencari halaman RM1 OR NOT, anda boleh memilih ‘RM1 Deals’ pada menu utama, kemudian seret ke bawah untuk pilihan 6.6 Shopee Games. Anda akan menemui RM1 ONE OR NOT.

Selain Nintendo Switch, anda juga boleh mencuba memenangi WD My Passport Portable Hard Disk USB 3.0, Acer K202HQL A 19.5-inci LED LCD Monitor dan telefon pintar jenama misteri Haier Leisure L55s (pastinya anda tidak akan peduli tentang spesifikasinya). Anda boleh membeli dahulu mana-mana produk dengan RM1, Shopee akan mengumumkan pemenang yang layak membawa pulang produk dengan harga RM1 pada hari seterusnya. Pengguna yang tidak menang akan diberi pulangan wang RM1.

Penawaran promosi ini adalah peluang emas! Jika anda merasakan anda bertuah, anda boleh mencubanya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version