Site icon TechNave BM

Jualan OPPO O-Fans Day: Diskaun sehingga 57%, hadiah percuma dan banyak lagi pada 12 Ogos ini

OPPO Malaysia telah mengumumkan OPPO O-Fans Day di mana peminat di Malaysia boleh mendapatkan tawaran dan ganjaran eksklusif dengan pembelian pada 12 Ogos 2022 di kedai rasmi OPPO di Lazada. Terdapat baucar diskaun, hadiah percuma, pembelian dengan tawaran bernilai sehingga 57 peratus.

Dengan setiap pembelian Reno8 Series 5G baharu, pengguna berhak mendapat bantal harimau percuma malah berpeluang untuk menyertai acara eksklusif OPPO. Selain itu, anda juga boleh membeli peranti OPPO daripada hanya RM66.64 sebulan dengan pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan.

Anda boleh mendapatkan sepasang OPPO Enco X yang serba baharu dengan hanya RM8 dengan setiap pembelian Find X5 Pro atau Find X3 Pro 5G. Bagi pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar siri Reno atau Find juga layak menerima Love Earth’s Lightly Salted Almond Cashew sebanyak 330g atau Lightly Salted Almond sebanyak 350g.

Bagi pembelian model lain, mereka akan menerima Love the Bites Korean Sweet Savory sebagai hadiah percuma. Terdapat dua tawaran pakej baharu untuk nilai terbaik iaitu:

Akhir sekali, OPPO juga akan memberi ganjaran kepada peminatnya dengan baucar istimewa bernilai sehingga RM100 apabila anda membeli mana-mana telefon pintar siri Reno8 atau A96. Jadi, 

Anda boleh klik pautan ini untuk tahu tawaran yang ada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version