Site icon TechNave BM

Jualan Pesta Akhir Tahun HONOR: HONOR 50 berharga RM1,699 dan hadiah percuma bernilai RM300

Pada Disember ini, HONOR Malaysia akan mengadakan Jualan Pesta Akhir Tahun HONOR dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM10,000,000. Anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah kereta Honda City atau 1 daripada 500 unit DJI OM 4 SE dengan pembelian HONOR 50, HONOR 50 Lite atau siri HONOR MagicBook pada 1 Disember hinga 2 Januari 2022.

Terdapat cabutan bertuah bagi setiap pembelian siri HONOR 50 dan siri HONOR MagicBook dengan syarat anda perlu aktifkan sebelum 9 Januari 2022. HONOR turut mengadakan Roadshow di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya bermula 1 hingga 6 Disember 2021 dengan ganjaran 3X ganda. Anda boleh layari laman web rasmi HONOR Malaysia untuk menghantar penyertaan cabutan bertuah ini.

Berikut merupakan senarai hadiah percuma yang ditawarkan:

ProdukHadiah Jualan PelancaranJualan Festival Akhir Tahun (Tawaran terhad)Layak Cabutan Bertuah
HONOR 50 HONOR Choice Earbuds XSarung Tali Tangan HONOR 50Ya
HONOR 50 LiteBeg Galas HONORBluetooth Speaker Gift BoxYa
HONOR MagicBook 15 (intel i5 16GB + 512GB)HONOR MagicBook X 15 (intel i5 8GB + 512GB)HONOR MagicBook ProHONOR MagicBook 14 (AMD 8GB + 512GB)Beg Galas HONOR Tetikus Logitech Office 365 PersonalFon Telinga Bluetooth AM61Ya
HONOR MagicBook X 15 (Intel i3 8GB + 256GB)HONOR MagicBook 14 (AMD 8GB + 256GB)HONOR MagicBook 15 (AMD 8GB + 256GB)Beg Galas HONOR Office 365 PersonalFon Telinga Bluetooth AM61Ya

HONOR 50 dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan kamera hadapan HD 32MP yang jelas. Mod multi-video, termasuk Picture in Picture, rakaman dalam gerakan laju dan perlahan, rakaman dwi-pandangan dan rakaman Pause Live membolehkan rakaman vlog yang berterusan tanpa suntingan. Ia hadir dengan warna Frost Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan HONOR Code. Anda boleh dapatkan telefon pintar ini dengan harga bermula dari RM1,699.

Dengan harga RM999, HONOR 50 Lite ini menyokong pengecasan pantas 66W dengan peningkatan bateri ke 40% dalam masa 10 minit. Ia turut dilengkapi dengan paparan LCD perlindungan mata TÜV Rheinland dan mendapat Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland Tahap-Perkakasan (Hardware Solution). Pada bahagian kamera belakang, ia memliki kuad kamera Ultra-Clear 64MP, kamera sudut lebar 106o 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. 

Selain itu, terdapat tawaran siri MagicBook HONOR bermula dari RM2,299 dan hadiah percuma bernilai RM600. Siri HONOR MagicBook dilengkapi Persijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan TÜV Rheinland Flicker-free. Ia menyokong pengecasan pantas 65W, mampu untuk pelbagai kerja (multi-tasking), penyambungan WiFi-6 yang lancar, butang kuasa turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari dan kamera pop-up.

Anda boleh dapatkan peranti-peranti ini di HONOR eStore, Lazada, Shopee, Digi, Maxis, Senheng dan senQ atau di kedai HONOR dan roadshow. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version