Site icon TechNave BM

Jualan Ramadhan iQOO tawarkan iQOO 11 5G dengan harga RM3,399 dan aksesori “gaming”

Pada 25 Mac ini, iQOO Malaysia telah mengadakan jualan istimewa bersempena Ramadhan dan hari gaji bermula 25 Mac sehingga 27 Mac ini. Jualan Ramadhan menawarkan diskaun RM100 untuk iQOO 11 5G pada harga RM3399. Terdapat juga diskaun untuk peranti lain seperti klip belakang iQOO pro berharga RM99, fon telinga wayarles iQOO berharga RM79 dan sarung jari iQOO berharga RM9.9.

iQOO 11 5G merupakan salah satu pencabar kedudukan utama bagi segmen telefon pintar gaming dan hadir dengan empat ciri utama yang menonjol. IQOO 11 5G merupakan telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 terbaru daripada Qualcomm serta cip V2 ciptaan vivo.

Selain itu, ia hadir dengan paparan AMOLED 2K E6, kadar penyegaran semula 144Hz dan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan FlashCharge 120W menjamin pengalaman gaming yang lancar dan premium. Untuk maklumat lanjut tentang iQOO, ikuti halaman rasmi iQOO Malaysia untuk lebih banyak kemas kini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version