Site icon TechNave BM

Jualan Raya Super Gempak OPPO: Diskaun, hadiah percuma dan cabutan bertuah hingga 7 Mei ini

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, OPPO Malaysia ingin memberikan hadiah sehingga RM1.8 juta melalui Jualan Raya Super Gempak yang berlangsung dari 7 April hingga 7 Mei 2023.

Dengan sebarang pembelian telefon pintar OPPO, pelanggan layak menyertai peraduan cabutan bertuah melalui aplikasi My OPPO. Berikut merupakan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan:

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, ikuti langkah berikut untuk menghantar penyertaan anda:

Bukan itu sahaja, pelanggan kini boleh membeli OPPO Find X5 Pro pada harga diskaun RM3,999 dengan penjimatan ketara RM1,000 daripada harga runcit RM4,999. Namun, tawaran ini terhad kepada satu unit bagi setiap pelanggan.

Ahli aplikasi My OPPO juga boleh menikmati diskaun istimewa semasa jualan. Kemudian, pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar OPPO semasa tempoh promosi, boleh membeli satu unit OPPO Pad Air (4+128GB) pada harga diskaun RM 1,149 (RRP RM 1,299) manakala Enco Air3 pada harga hanya RM 159 (RRP RM 249).

Ketahui lebih lanjut mengenai promosi OPPO ini di laman web rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version