Site icon TechNave BM

Jualan Steam Summer Sale mungkin akan bermula pada 24 Jun 2022

Kempen jualan Steam Summer Sale di PC adalah antara promosi tahunan yang sangat dinantikan oleh para gamers PC kerana mereka boleh membeli banyak game dengan harga diskaun. Setakat ini tarikh kempen itu masih belum diketahui, namun ia mungkin akan bermula pada 24 Jun 2022.

Menurut PCGamesN, Valve telah memuat naik sebuah video secara tidak sengaja di YouTube, di mana ia mengesahkan tarikh Steam Summer Sale yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 23 Jun 2022 10:00 pagi PT hingga 7 Julai 2022 pada waktu yang sama.

Di Malaysia, ini bermaksud ia akan berlangsung pada hari Jumaat, 24 Jun 2022 jam 1:00 pagi sehingga hari Jumaat, 8 April 2022 jam 1:00 pagi.

Video tersebut menunjukkan bahawa antara game yang akan dijual pada harga diskaun adalah Ghostwire Tokyo, The Sims 4, Red Dead Redemption 2, God of War, Forza Horizon 5 dan banyak lagi. Pada waktu ini, Valve telah pun memadam video itu daripada tontonan awam.

Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version