Site icon TechNave BM

Jualan Tahun Baru Cina vivo tawarkan vivo V23 5G dengan Sttoke Reusable Cup percuma pada RM1,199

Tahun Baru Cina kali ini, vivo Malaysia menyebarkan ‘Huat’ (Kemakmuran) dengan Jualan Tahun Baru Cina vivo dan cawan boleh guna semula edisi terhad. Mulai 25 Januari 2022, pelanggan yang membeli telefon pintar vivo V23 5G akan berpeluang membawa pulang CNY Special Edition vivo x Sttoke Reusable Cup secara percuma (sementara stok masih ada). CNY Special Edition vivo x Sttoke Reusable Cup tersedia untuk pembelian yang dibuat melalui E-store rasmi vivo dan kedai utama di Shopee dan Lazada.

Anda boleh mendapatkan vivo V23e pada harga RM1,199 dengan kamera selfie autofokus mata AF 50MP dengan mod penstabilan ultra dan kamera malam 64MP. Ia mempunyai lampu flash dwi-tona yang menmpilkan ciri Potret semula jadi. Anda juga menjadi lebih kreatif dalam pengambilan swafoto dengan ciri potret parti dan pendedahan berganda. Semua tetamu yang hadir pasti dapat memuatkan ruang pada skrin telefon dengan kamera Super Wide-Angle 105°.

Kempen vivo HoHoHuat yang sedang berlangsung sehingga 3 Februari ini menampilkan hadiah bernilai RM202,000 untuk dimenangi termasuk hadiah utama Proton X70. Sepanjang kempen, pelanggan yang membeli vivo V23e dan V23e 5G akan mendapat hadiah eksklusif bernilai RM559 sementara stok masih ada. Pembelian mana-mana peranti vivo bernilai RM800 dan ke atas atau mendaftar mana-mana kereta Proton terpilih (Proton Persona, Iriz, Exora atau Saga) juga akan berpeluang menyertai peraduan putar dan menang untuk memenangi hadiah menarik termasuk Proton X70.

Untuk menyertai peraduan Putar dan Menang, ikuti tiga langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Beli mana-mana telefon pintar vivo (RM800 dan ke atas) di mana-mana kedai rasmi vivo atau daftar mana-mana kereta Proton terpilih (Proton Persona, Iriz, Exora atau Saga) dari mana-mana Outlet Proton yang sah

Langkah 2: Imbas kod QR dan isikan butiran termasuk nombor IMEI 1 telefon pintar atau nombor penyertaan PROTON untuk pendaftaran

Langkah 3: Putar roda dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik

Anda boleh mendapatkan vivo V23e melalui E-stor rasmi vivo dan kedai utama di Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen vivo HoHoHuat, anda boleh lawati  halaman Facebook dan Instagram vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version