Site icon TechNave BM

Jualan ulang tahun Xiaomi bermula 17 Ogos, diskaun RM800 pada Mi 10, kini berharga RM1,999 sahaja

Xiaomi menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dengan melancarkan pelbagai produk baharu di pasaran China termasuklah Xiaomi Mi 10 Ultra, Redmi K30 Ultra dan lain-lain. Sempena ulang tahun, Xiaomi Malaysia kini bakal melangsungkan jualan dengan pelbagai promosi diskaun.

Jika anda merancang untuk membeli peranti Xiaomi atau Redmi, ini adalah masa yang tepat memandangkan terdapat beberapa peranti Redmi dan Xiaomi yang hadir dengan potongan harga.

Penawaran yang paling menarik adalah Xiaomi Mi 10 dengan kamera 108MP yang dijual dengan harga RM1,999 sahaja, berbanding harga asal RM2,799 untuk varian 8GB+128GB (potongan sehingga RM800). Manakala varian 8GB+256GB berharga RM2,499 sahaja berbanding harga asal RM2,999.

Sebagai tambahan, Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9S dan Redmi 9 juga ditawarkan dnegan potongan harga yang menarik. Kunjungi laman Facebook Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jualan yang bakal berlangsung di LazMall ini.

Semak spesifikasi lanjut Xiaomi Mi 10 di pautan ini.

Adakah anda bakal mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi

Exit mobile version