Site icon TechNave BM

Jualan Xiaomi 14 Ultra catat peningkatan lebih 4 kali ganda berbanding Xiaomi 13 Ultra

Telefon pintar andalan terbaru daripada Xiaomi, Xiaomi 14 Ultra, baru sahaja dilancar pada awal bulan ini dan ia telah pun mencatatkan jumlah jualan yang jauh lebih tinggi berbanding Xiaomi 13 Ultra pada tahun lepas.

Xiaomi melaporkan bahawa jualan hari pertama untuk Xiaomi 14 Ultra adalah 414% lebih tinggi berbanding jualan hari pertama untuk Xiaomi 13 Ultra pada tahun lalu. Telefon yang dilengkapi teknologi kamera Leica ini menerima sambutan yang tinggi oleh para pengguna Malaysia dan menunjukkan keyakinan mereka terhadap jenama Xiaomi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi dan spesifikasi canggih Xiaomi 14 Ultra, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

Xiaomi 14 Ultra kini dijual pada harga pasaran RM5,199 dan boleh dibeli di Authorised Xiaomi Stores, pengedar sah, Shopee atau Lazada. Untuk masa dan stok yang terhad, pelanggan Xiaomi 14 Ultra boleh menerima hadiah percuma bernilai RM1,747.94, terdiri daripada Xiaomi 14 Ultra Photography Kit dan lain-lain aksesori menarik.

Di samping itu, Xiaomi 14 juga sudah dilancar untuk pasaran Malaysia dan ia dijual pada harga RM3,499. Jika anda masih tidak pasti varian manakah yang sesuai untuk anda, tonton video di bawah untuk ketahui lebih lanjut:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 14 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version