Site icon TechNave BM

Jualan Xmas MSI Malaysia: Rebat sehingga RM2,000 dan pelbagai hadiah ditawarkan

MSI Malaysia telah mengambil peluang untuk melancarkan Jualan MSI XMAS bersempena Hari Natal yang bakal tiba bermula hari ini hingga hari terakhir 2022. Menariknya, promosi jualan ini menawarkan rebat sehingga RM2000, hadiah terkumpul dan banyak lagi.

Selain komputer riba gaming seperti siri Titan GT, siri Raider GE, siri Stealth GS dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga komputer riba untuk pencipta kandungan dan komputer riba perniagaan yang terdapat dalam Jualan MSI XMAS ini.

Tambahan, pengguna boleh mendapat rebat sehingga RM800 dan MSI Mouse secara percuma dengan setiap pembelian komputer riba siri Modern dari 14 – 27 November 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman rasmi Jualan MSI XMAS dan Modern Madness.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version