Site icon TechNave BM

Jumlah pengguna HarmonyOS 2 capai lebih 10 juta orang

Sejak HUAWEI memperkenalkan sistem operasi HarmonyOS 2 pada minggu lepas, sistem tersebut telah mendapat sambutan meluas di kalangan pengguna China dan kini telah pun mencapai lebih 10 juta pengguna.

Bagi menyambut kejayaan tersebut, HUAWEI meraikannya dengan sebuah kek yang dihiasi dengan bentuk peranti HUAWEI seperti fon telinga FreeBuds dan HUAWEI Watch.

HarmonyOS kini boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar Mate 40, P40, Mate 30 dan tablet MatePad Pro. Pengguna siri P30, HONOR 30 dan V30 pula boleh menjangkakan versi beta bermula bulan Julai.

Sistem operasi HUAWEI ini merupakan sebuah sistem menyeluruh yang boleh dilengkapkan pada pelbagai jenis kelengkapan elektronik termasuklah telefon, tablet, komputer, televisyen, pembesar suara, kereta dan banyak lagi.

Adakah anda berminat untuk jadi pengguna HarmonyOS? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Drivers

Exit mobile version