Site icon TechNave BM

Jumlah pengguna iPhone mencapai 1 bilion, jumlah pengguna baru 30 juta setiap tahun!

Pernahkah anda terfikir tentang jumlah pengguna iPhone di seluruh dunia? Adakah peranti Apple ini benar-benar mendapat sambutan? Baru-baru ini, penganalisis Above Avalon menyatakan bahawa Apple telah mencapai jumlah pengguna iPhone sehingga 1 bilion setakat bulan lepas (September).

Melalui laporan jangkaan dari penganalisis ini, jualan iPhone sememangnya mengalami penurunan pada tahun 2018. Apple kemudiannya mula menghentikan pemberian laporan jualan kerana terdapat salah faham mengenai kesan kitaran naik taraf iPhone dalam jangka masa panjang. Jumlah penurunan ini tidak memberi kesan besar kerana Apple masih berasa di tahap tertinggi dalam industri.

Jualan iPhone
Jualan iPhone dalam dua kategori; pengguna menaik taraf dan pengguna iPhone baharu

Seperti yang dinyatakan, perniagaan iPhone dilihat sebagai perniagaan menaik taraf (pengguna iPhone yang menaik taraf kepada iPhone baharu). Walaupun Apple masih berjaya membawa sekitar 20 hingga 30 juta pengguna iPhone baharu pada setiap tahun, namun statistik menunjukkan penurunan untuk pengguna iPhone baharu berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version