Site icon TechNave BM

Jumlah pra-jualan PlayStation 5 dalam 12 jam pertama sama dengan jualan PlayStation 4 selama 12 minggu

Sony Interactive Entertainment (SIE) melaporkan bahawa syarikat itu berjaya menjual konsol PlayStation 5 (PS5) dengan permintaan yang agak tinggi. Dalam masa 12 jam sejak pra-tempahan dibuka di Amerika Syarikat, jumlah tempahannya sudah pun mencecah jumlah jualan konsol PlayStation 4 untuk 12 minggu pertama sejak pelancarannya pada November 2013.

Atas permintaan yang tinggi ini, mungkin setiap tempahan tidak boleh dipenuhi pada hari pelancaran. Selain itu, kekangan terhadap rantai bekalan dan pengilangan serta pembangunan game yang disebabkan oleh COVID-19 juga membuatkan Sony sukar untuk membekalkan PS5 yang cukup untuk memenuhi setiap pra-tempahan.

Pada Rabu lalu, Sony melaporkan peningkatan dalam keuntungan suku tahunan 2020 dan PS5 diramal akan menjadi konsol pertama yang tidak mendatangkan kerugian kepada SIE untuk tahun pelancaran konsol baru.

Adakah anda merancang untuk membeli PS5 sebaik sahaja ia dilancar di Malaysia? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version