Site icon TechNave BM

Jumpa jodoh di PUBG, pasangan ini kini sudah mendirikan rumah tangga

Menemui jodoh di alam maya bukanlah perkara baharu memandangkan banyak perkenalan antara pasangan bermula di alam maya pada zaman kini. Namun, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ini menarik perhatian netizen kerana mereka mula berkenalan melalui game PUBG.

PUBG atau PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS ialah game yang popular dimainkan oleh gamer, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Menurut Putri Alia Shahhiza, pertemuan maya dengan suaminya bermula di PUBG. Setelah tiga bulan berkomunikasi hanya di PUBG, mereka kemudiannya bertukar nombor telefon di Facebook Messenger.

Lebih menarik, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada 30 Oktober lalu di Pejabat Agama Daerah Kinta, Perak sebenarnya tidak pernah berjumpa sebelum ini berikutan pelaksanaan PKP.

Menurut sumber, pasangan tersebut kini sudah jarang bermain PUBG kerana lebih fokus kepada kerjaya dan alam rumah tangga. Terdahulu, Putri Alia Shahhiza telah memuat naik siaran di aplikasi TikTok mengenai pertemuan manis di PUBG bersama suaminya. Ianya tular dan meraih sehingga 500,000 tontonan.

Adakah anda juga sedang menanti jodoh di alam maya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version