Site icon TechNave BM

Jurutera robotik pasangkan port Lightning Apple pada telefon Android

Sebelum ini, jurutera robotik Ken Pillonel telah membuat pencapaian mengagumkan dengan memasang port USB-C pada sebuah iPhone. Kini, beliau membuat perkara yang sebaliknya pula iaitu memasangkan port Lighting Apple dalam sebuah telefon Android.

Di dalam video YouTube Pillonel, beliau menerangkan pengubahsuaian yang kompleks memerlukan pemikiran di luar kotak serta beberapa perubahan buatan sendiri (DIY) ke atas sebuah Samsung Galaxy A51. Namun, ini hanya sekadar video promosi pendek manakala video penuh akan dimuat turun tidak lama lagi. 

Pengubahsuaian port Lightning ini pasti mengambil sedikit masa untuk menghasilkan pengecasan dan pemindahan data yang lancar. Antara cabaran pengubahsuaian ini adalah kabel Lightning hanya berfungsi pada peranti Apple. Pillonel terpaksa mengubah port tersebut supaya kabel yang disambungkan menyangka ia disambungkan pada perkakasan Apple dan bukannya Samsung.

Semua penyelenggaraan elektronik dilihat sesuai dilakukan pada sarung Galaxy A51 yang asal. Video promosi pendek tersebut dimuat turun pada 1 April lepas. Pillonel menjelaskan kepada Engadget penyelenggaraan ini hanyalah sekadar keseronokan dan untuk menguji keupayaan dirinya.

Kami akan kongsikan video penuh kepada anda setelah ia dimuat turun. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Techradar

Exit mobile version